Rabu, April 15, 2009

Jumlah virus komputer meningkat



WASHINGTON - Jumlah virus komputer di seluruh dunia semakin meningkat dan bertambah dengan pantas daripada bentuk terbuka kepada yang disembunyikan di dalam laman-laman web selamat.

Menurut syarikat perisian antivirus terkenal Symantec, jumlah virus komputer tahun lalu ialah 1.6 juta berbanding hanya 624,267 pada 2007.

"Sebanyak 60 peratus daripada ancaman komputer untuk tempoh 20 tahun berlaku sepanjang 12 bulan lalu," kata Naib Presiden Symantec, Vincent Weafer.

Kebanyakan penghantar virus sebelum ini selesa menggunakan teknik mencuri maklumat daripada laman-laman web syarikat-syarikat besar.

Namun kini keadaan berubah dan syarikat-syarikat kecil turut menjadi mangsa.

Antara laman-laman web yang turut terkena virus komputer kini ialah laman web kerajaan Amerika Syarikat dan Britain.-Sinar Harian,15 April 2009


p/s: Laman blog minda muallim insyaAllah, selamat...!

7 ulasan:

GURU_CIKGU berkata...

Assalamualaikum,

Virus komputer banyak? Mungkin depa nak niaga anti-virus pulak.
Maklumlah, nak untung banyak.......

Zul-Elle berkata...

Salam cikgu,

Nak niaga, d mana2 pun boleh. PRK Penanti 'esok lusa' ni boleh niaga pasembor kot kat pondok panas! Ha ha ha... Hmmmmm.... pilihanraya lagi...!

unrestmind berkata...

salam bro virus comp. mmg meningkat sama naik dgn virus2 yg mnyerang manusia,,tp ade satu virus yg gua suka...virus2 cinta...hehe

unrestmind berkata...

lagi satu bro..kt ats blog bro tu ade banner YAHUDI LAKNATULLAH...pandapat gua la,,gua x setuju la...sbb ramai nabi2 kita pun terdiri dr bangsa yahudi,,bro tau kan gua ni suke hitler,,,tp gua flexible...Zionist la yg laknatullah..wallahualam..

Ibnurashidi berkata...

Salam,

Dunia kapitalis begitulah. Membuat kejahatan pun tidak ada salahnya seandai punya keuntungan.

Zul-Elle berkata...

Salam Unrestmind,

Hamba juga pernah dijangkiti virus cinta tu... mujur tak koma, cuma angau le kejap!
Terima kasih le bagi pendapat pasal yahudi vs zionist tu. Tapi klu pro-hitler tu x betul gak kot?

Zul-Elle berkata...

Salam taaruf Ibnurashidi,

Semoga kebenaran akan mengatasi kebatilan jua akhirnya,
Semoga kebaikan bisa menghapuskan kejahatan yang melata,
Semoga kita terus istiqamah dalam berbuat kebaikan dan mencari kebenaran, amin.

Iklan lagi....!