Sabtu, Jun 26, 2010

Sesi "Ice Breaking" / Suaikenal / Taaruf -KBI 2010

Eh, eh..., kenapa dengan muka dia haahh???

Sebahagian daripada fasilitator yang mengendalikan program
Tuuu dia!!! Puan Zalinah memberikan taklimat...

Murid-murid Tahun 6, peserta program tekun mendengar...



Kami dengar, kami ingat dan kami buat!!!





KEM BINA INSAN 2010

Kecemerlangan dalam UPSR menjadi sasaran utama bagi setiap sekolah. Bagi SK. Taman Bunga Raya 1, sasaran, harapan dan impian itu cuba direalisasikan melalui pelbagai program peningkatan akademik antaranya 'Seminar Kegemilangan', 'Kem Bina Insan' dan lain-lain. Justeru itu, pada tahun ini program KBI seperti tahun lalu akan diadakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti murid Tahun 6 agar setanding atau melebihi pencapaian sebelumnya di samping meneruskan kesinambungan program-program yang telah dijalankan. Selain itu, kem ini juga menekankan penerapan nilai-nilai murni serta pembangunan insan yang dapat dilaksanakan secara serentak bagi melahirkan murid yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan visi dan misi sekolah dan aspirasi negara masa kini dan masa akan datang.

KEM BINA INSAN TAHUN ENAM 2010


PROGRAM

KEM BINA INSAN

TAHUN ENAM 2010


TARIKH : 26 DAN 27 JUN 2010

HARI : SABTU DAN AHAD

MASA : 8.00 PAGI - 3.30 PETANG

TEMPAT : DEWAN TAN SRI

MUSTAPHA KAMAL

SK. TAMAN BUNGA RAYA (1)


ANJURAN BERSAMA:

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

AJK KECEMERLANGAN TAHUN 6

Ahad, Mei 16, 2010

Catatan Hari Guru...

16 Mei 2010

Selamat Hari Guru kepada kalian guruku

2 Jamadil Akhir 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Tanggal 16 Mei disambut seluruh Malaysia sebagai Hari Guru. Walaupun kita baru sahaja menyambut hari ibu, hari pekerja, hari jururawat dan juga hari belia namun hari guru perlu diberi lebih perhatian oleh semua pihak. Kenapa? Jawapannya mudah, sebab setiap seorang yang hidup di dunia ini tidak terkecuali daripada dididik oleh guru.

Siapapun ada, pensyarah, peguam, hakim, perdana menteri, menteri, penghulu dan siapa juga bermula dari guru darjah satu. Dia yang mengajar membaca dan mengira sehingga kita mereka menjadi orang yang hebat. Jadi, semua orang harus mengenang jasa guru kita sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah mati.

Ketahuilah seramai-ramai guru yang ada di dunia ini, guru agama tidak boleh dilupakan kerana merekalah yang menyelamat iman manusia. Kalau guru biasa memberi ilmu mengenali alam ini tetapi guru agama menjaga manusia daripada melakukan dosa. Guru agama lebih penting dalam hidup malah dia boleh menyelamatkan di akhirat.

Jadi, hormatilah guru agama seadanya. Mutiara ilmu yang disampaikan perlu disebarkan kepada orang ramai. Tetapi keburukan dan kelemahannya harus disembunyikan. Hal ini kerana yang manfaat lebih besar daripada mudaratnya. Maka yang mudarat tinggalkanlah.

Kepada guru biasa anda tetap berjasa, tanpa anda saya dan orang lain tidak kenal dunia. Tidak tahu bagaimana hendak mengurus dunia. Namun guru agama melengkapkan dunia itu dengan menyempurnakan kehidupan di akhirat. Jadi kedua-dua guru itu amat diperlukan dalam satu masa.

SELAMAT HARI GURU 2010



Selamat Hari Guru, Cikgu!

Iklan lagi....!