Jumaat, Februari 20, 2009

Anda ada masalah mental?


270,000 rakyat Malaysia sakit jiwa



KUALA LUMPUR - Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya menurut seorang pakar psikiatri, Prof Dr Mohammad Hussain Habil.

Beliau berkata, kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata, kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal..... (bacaan lanjut di Harian Sinar 20.02.2009)



p/s: wowwww! ramainya pengidap sakit jiwa. Dengar ceritanya, kalangan warga guru yang banyak terlibat dalam kes ni. Alahai.... nasib!


Ahad, Februari 08, 2009

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya

Sabtu, Januari 31, 2009

PROGRAM TAHUN 6 2009 @ sktbr 1

MAJLIS PEMUAFAKATAN ILMU GURU-GURU DAN IBUBAPA MURID & MENANDATANGANI DOKUMEN IKRAR MURID TAHUN 6 (2009)



PENDAHULUAN

Memandangkan murid-murid Tahun 6 akan menduduki Peperiksaan UPSR pada bulan September nanti, maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Pemuafakatan Ilmu Guru-guru dan Ibubapa Murid Tahun 6. Ini merupakan salah satu usaha bersama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR bersama Unit Bimbingan & Kaunseling bagi melihat kecemerlangan murid-murid dalam UPSR dari segi peningkatan kualiti dan pertambahan kuantiti. Selain itu, untuk memberi kesedaran kepada murid tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai murid sekolah melalui akujanji yang ditandatangani.
MATLAMAT
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan peratus kelulusan di samping meningkatkan mutu pencapaian UPSR di kalangan murid SK. Taman Bunga Raya 1. Adalah diharapkan semoga dengan adanya majlis seumpama ini, selain dapat meningkatkan kelulusan dan mutu akademik, pemuafakatan di antara guru-guru dan ibubapa/penjaga dapat dieratkan.
OBJEKTIF
Pada akhir program, diharapkan...
1. dapat memberi pendedahan dan makluman kepada ibubapa/penjaga tentang kurikulum UPSR sebagai jalan untuk mendidik anak-anak dengan lebih berkesan serta program dan aktiviti murid-murid Tahun 6 bagai tahun 2009.
2. Menyuburkan sikap bertanggungjawab ibubapa/penjaga dalam memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka.
3. Memberi motivasi, semangat dan nilai bertanggungjawab serta bersungguh-sungguh untuk belajar dengan lebih tekun dan bersistematik.
4. Mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara ibubapa/penjaga dengan guru-guru untuk meningkatkan prestasi murid-murid.

Selasa, Januari 06, 2009

Geng Bas Sekolah Kembali Daa...

Suatu pagi di hari pertama persekolahan 2009...
Begitu bersemangat anak-anak kita untuk memulakan persekolahan untuk tahun baru 2009 ni. Mana taknya... udah serba-serbinya semua baru! Baju baru, seluar baru, kasut baru, stokin baru, beg baru, buku-buku baru, alatulis baru...., bas sekolah baru (?). Eh..., silap! Bas sekolah tetap lama, rupa itu juge!


Jangan lupa baca doa naik kenderaan tau!Tak perlu rebut-rebut. Naik elok-elok!, Langkah hati-hati, Duduk baik-baik, Sampai sekolah tu nanti, belajar rajin-rajin, biar cemerlang dunia akhirat.

"Kamilah geng, geng bas sekolah!"Inilah dia geng "hantu tv". Sekolah dah mula balik, tak de tv-tv lagi... tumpukan pada pelajaran ler pulak! Tahun ni kena azam betul-betul tau...

Oppssss...! Pakcik bas yang dedikasi, terima kasihlah yo!Apa nak susah lagi, bas lalu depan rumah. Berpanas tidak, berhujan pun tidak! Cukup bulan jangan lupa duit tambangnya ye.. Tima kasih la tambang bas cam tahun lepas laie, tak naik!
Selamat Belajar, anak-anak!


Iklan lagi....!