Selasa, Oktober 07, 2008

HIDUP ADALAH PERJALANAN

...maka berkenderaanlah kita demi memudahkan perjalanan itu.

Namun, lebih penting dari itu, marilah kita berjalan di muka bumi Allah ini melihat kebesaran-Nya. Lantas bertambah rasa syukur dan penuh rasa insaf betapa banyak nikmat yang Dia kurniakan, sedangkan kita masih terus alpa, lalai dan leka...

Ambillah iktibar, peringatan dan pengajaran sepanjang perjalanan hidup ini...

Lihatlah sekitar alam

Dunia luas terbentang

Langit tinggi kebiruan

Pohon-pohon kehijauan

Tiupan bayu yang menyegarkan....

(petikan lirik lagu "Hitam Putih Kehidupan" dendangan Ratu Jazz Sheila Majid)


"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa." (Al A'raaf : Ayat 54)





"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." (Ali 'Imran : Ayat 190)



















"Dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (At Taubah : Ayat 41)

Dari Aisyah katanya: " Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang berpuasa dalam perjalanan." Baginda bersabda: "Terserahlah, jika mahu kamu boleh tetap berpuasa dan juga boleh berbuka."
(H.R. Muslim)



"Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, meski pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." (An Nisaa: Ayat 78)





"Dan bahawa kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya kalau mereka mengetahuinya." (Al-Ankabut : Ayat 64)




Wal akhirul kalam, renungilah maksud sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim: "Jikalau kamu tahu apa yang aku (Nabi) tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

10 PERKARA YANG SIA-SIA

Sufyan As-Stauri, seorang Ulama Hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada 10 hal yang termasuk dalam kategori sia-sia iaitu:
1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibubapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjamaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang Ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

    Pak Ngah & Mawi - sekadar gambar hiasan

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

Juadah raya - sekadar gambar hiasan

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih kelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya

Sabtu, Oktober 04, 2008

ANAK SAPA LA NIE...


Sekadar renungan...

Namaku 'Kucing'. Badanku berbulu dan berwarna hitam & putih ala-ala beruang panda gitu. Aku ni baru peringkat anak kucing lagi, lum ler dewasa dan akil baligh. Aku nak berehat ni sambil tunggu emak balik. Mana dia pegi ntah di hari raya hari mulia ni... nanti kawan-kawan datang, sedare-mare datang, susah la macam ni.

Ni... pakcik amik gambar aku ni apsal? Nak datang beraye umah Pak Ngah, raye jer la. Aku nak privacy la sikit.

Aku ni kucing jer pakcik. Tak de dosa tak de pahala. Tapi kalau manusia ade urusan yang lum selesai ngan aku, kite jumpa di sane ye... Nthle.. letih aku nengok gelagat manusia ni pakcik, cam tak takut Tuhan jer. Cam tak ingat nak mati jer. Ye la... dia orang buat dosa cam makan kacang jer...

Ok la pakcik, Salam Aidilfitri. Raya raya jugak, kewajipan jalan!

Bye-bye, Meaw-meaw!

RAYA TAHUN INI...

Ucapan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin buat handai & taulan

Keluarga Pak Angah Mad

Tak semua anak, menantu dan cucu Tokki & Nenek dapat bersama


Baby, Adik, Kakak dan Oman... banyak ke dapat duit raya..


Senyum.... sengih.......... gelak..... haHH HAHHH, besarnya ketawa!

"Kakak, betulkan sampin Oman ni. Rasa macam nak terlondehla.."



Orang raye... kite pun nak raye! Memangnya dunia kanak-kanak la yang lebih meriah bila raya.




Ahad, September 28, 2008

SALAM LEBARAN buat anda yang budiman!

Create your own banner at mybannermaker.com!
Dedikasi Aidilfitri...
"Godok kupat neng ngisor poro, digodok karo anak seng barep, salah silap-ku njaluk ngapuro, dowo umure, murah rejekine, SLMT riyoyo...
"Lampu raya lip lap lip lap, Halaman pula penuh pelita, Andai ada salah dan silap, Mohon ampun maaf dipinta"
"Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabai, Hati kadang-kadang berprasangka, Sikap kadang-kadang menyakitkan. Hidup ini menjadi indah selagi rasa kasih dan bermaafan wujud dalam diri kita"
"Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah, Jika kesilapan hari ini menyakitkan, harap lupakanlah, Jika kesilapan esok mendatang, Janganlah dibawa ke akhirat..."
"Dalam kesusahan ada hikmahnya, Dalam kesabaran ada nikmatnya..."
"Setitik embun di pohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun mohon diampun, Silap & salah jangan dikenang"
"Indah langit kerana awan.... Indah lautan kerana kebiruan... Indah Ramadhan kerana keinsafan....Indah Aidilfitri kerana kemaafan..."

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1429H/2008M

Bertempat di Dewan Terbuka SK. Taman Bunga Raya (1), pada hari Jumaat 26hb. September bersamaan 26 Ramadhan 1429 satu lagi program 'memeriahkan Ramadhan' telah diadakan iaitu "Majlis Khatam al-Quran" peringkat sekolah.

Majlis Khatam al-Quran adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Agama Islam yang dijalankan setiap tahun yang bercorak pendidikan. Majlis ini diadakan adalah kesinambungan daripada majlis tadarus al-Quran sempena Ramadhan al-Mubarak.

Antara objektif program ini ialah untuk melahirkan warga sekolah yang celik al-Quran dan isi kandungannya. Di samping itu, ianya diharapkan dapat memberi penghargaan kepada murid yang telah khatam al-Quran dan motivasi kepada murid lain. Dan, apa yang penting program sebegini insya Allah akan mampu menyemai rasa cinta kepada kitab suci al-Quran al-Karim.

Aturcara majlis yang telah disusun adalah seperti berikut:-
7.40 pagi - Perhimpunan
- Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa (Ustaz Omar Zainuddin)
- Bacaan al-Quran & terjemahannya
- Nasyid "Asma al-Husna"
- Perarakan masuk peserta khatam al-Quran
- Ucapan Pengerusi Program - Pn. Mahani bt. Hanafi
- Ucapan Perasmian oleh Puan Zalinah bt. Zubir,
Guru Besar, SK. Taman Bunga Raya (1)
- Upacara khatam al-Quran
- Persembahan nasyid
- Penyampaian hadiah
# Kuiz ihya' Ramadhan
# Peserta Tadarus al-Quran
# Peserta khatam al-Quran
- Sumbangan kepada anak-anak yatim

11.45 pagi - Agihan bubur lambuk

12.00 tengahari - Bersurai

Mari kita hayati bacaan al-Quran.
Layarilah : http://www.quranexplorer.com/

Khamis, September 25, 2008

HIDUP SUATU UJIAN

Hidup ini merupakan suatu ujian. Allah s.w.t akan menguji hamba-hambaNya dengan pelbagai bentuk dan keadaan. Sama ada ujian berbentuk kesusahan dan kesenangan dengan tujuan untuk mengangkat darjat kemuliaan hambaNya.

Realiti dalam kehidupan kita sendiri pun manusia tidak akan dapat dinilai tahap pencapaiannya sekiranya tidak melalui ujian dan saringan. Guru tidak akan dapat mengetahui tahap kefahaman pelajar sekiranya tidak diberikan ujian dan peperiksaan.

Seorang majikan tidak akan dapat menilai tahap pencapaian pekerjanya sekiranya tidak diberikan ujian prestasi kepada mereka. Begitu juga untuk kita sebagai hamba Allah s.w.t perlu melalui ujian dan penilaian untuk dianggap lulus sebagai hamba Allah s.w.t yang muttaqin.

Sebenarnya, sebelum Allah s.w.t ingin mengurniakan nikmat kepada hambaNya, terlebih dahulu Allah s.w.t akan menguji hambaNya yang terpilih itu.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:"Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Tuhan, maka ia pasti diberi ujian."

Ujian yang dimaksudkan di sini termasuklah dugaan, sakit, cubaan hidup, kepayahan dan kegagalan. Allah s.w.t akan mengurniakan pahala apabila seseorang itu bersabar dan mengharapkan redhaNya.


Sakit Adalah Penghapus Dosa

Kita adalah manusia yang memiliki 1,001 kelemahan dan sering melakukan dosa. Sudah pasti kita akan dibalas dengan pembalasan yang dahsyat di akhirat sekiranya kita tidak memohon
ampun kepada Allah s.w.t di dunia.

Fikirkanlah! Kalau kita membilang segala dosa-dosa yang kita lakukan, sudah pasti tidak terhitung banyaknya. Dosa-dosa yang banyak itu kalau tidak diampunkan Allah s.w.t, adakah lagi harapan kita untuk menikmati syurga yang disediakan untuk manusia yang beriman dan beramal soleh? Oleh itu, kita kena sentiasa dan setiap masa bertaubat kepada Allah s.w.t supaya segala dosa kita dihapuskan.

Penghapusan dosa oleh Allah s.w.t melalui pelbagai bentuk termasuk ditimpakan ujian dalam kehidupan.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, (maksud):"Seorang mukmin tidak ditimpa penyakit yang berterusan, sama ada keletihan, kesakitan dan kesedihan sehingga boleh menggelisahkannya kecuali bagi menghapuskan segala dosa-dosanya."


Sakit Adalah Tanda Cinta

Semua orang tidak mahu ditimpa sakit dan keuzuran. Manusia sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi semata-mata untuk memastikan diri dan keluarga mereka sentiasa sihat. Bagi sesetengah manusia menganggap sakit adalah suatu yang amat buruk dan bencana dalam kehidupan.

Islam sendiri menganjurkan supaya kita berusaha dan berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang dialami dengan pelbagai rawatan dan perubatan asalkan tidak sampai melanggar batas akidah dan syariat.

Dalam masa yang sama, sebenarnya apabila seseorang ditimpa kesusahan berupa kesakitan, kegelisahan dan sebagainya, itu merupakan ujian dari Allah s.w.t untuk menilai setakat manakah hambaNya sabar menghadapinya.

Suatu hari seorang datang kepada Rasulullah s.a.w dan mengadu: Ya Rasulullah, telah habis hartaku namun masih sakit tubuhku. Maka Nabi bersabda (maksud);"Sesungguhnya Allah s.w.t jika cinta dan sayang kepada hambaNya, diujinya dengan bala dan bila telah ditimpa bala maka Allah s.w.t memberinya kesabaran."

Oleh itu, berbahagialah kepada sesiapa yang terpilih. Sesungguhnya Allah s.w.t amat cinta dan sayang kepada kamu. Terimalah ujian Allah s.w.t ini dengan sabar dan redha. Yakinlah! Allah s.w.t sedang mengangkat darjatmu.

Mohd Faryzan Subkhi
-Dipetik dari "Asnaf" terbitan 2/2008


Ada masa, layarilah http://www.e-zakat.com.my/

Iklan lagi....!