Isnin, Januari 11, 2010

SEBELUM KAMU MENGELUH

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat terburuk dalam hidupnya.
5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri kamu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
7. Sebelum kamu mengeluh tentang anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang yang tinggal di jalanan.
9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah mengembara, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
10. Dan di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.
12. Kita semua menjawab kepada Sang Pencipta. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup!
13. Cintai orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu.
14. Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan.
15. Anda tidak mencintai seseorang kerana dia cantik atau tampan. Mereka cantik/tampan kerana anda mencintainya.

...dipetik dari buku "Keramat Seorang Ibu" 2009

Rabu, Januari 06, 2010

Tiga Punca dan Tiga Tip...

3 Punca Gagal Mengurus Kewangan...
1. Gagal merancang
2. Berbelanja melebihi kemampuan
3. Bebas berbelanja menggunakan kad kredit
.... syyyyy, saya ler tuuu!
3 Tip Mengurus Kewangan dengan Bijak...
1. Menabung
2. Adakan senarai pembelian
3. Jangan berhutang!

-MARLINA SHAMSUDDIN

Ahad, Disember 13, 2009

Salam Benua...

Perjuangan Sdr. Yusuf dan sahabat-sahabat dari bumi kanggaru dalam menggerakkan usaha dakwah dan menegakkan syiar agama... dan semoga menjadi contoh teladan buat kita di sini, amin!

Rabu, November 04, 2009

Hari Pemulangan SPBT

P/s: Ajis, gambar ni tak akan dimasukkan ke fb. Cukup le kat blog ni jerrr!

Sibuk sungguh nampaknya Cikgu Ajis melayan anak-anak muridnya untuk urusan pemulangan buku teks (SPBT) yang turut dibantu oleh beberapa orang lagi guru lain yang bagus-bagus semuanya termasuklah Cikgu Mie. Tapi....., mana Cikgu Mie haaaah? Tadi ada, ke surau ke? Atau malu nak ambil gambar? Tak pun ke tandas kot, dah tak tahan....he he he.. pepe je la...

Selasa, November 03, 2009

Lagi Lagi Jamuan Akhir Tahun...

Ceduk sampai ke dasarnya Cikgu, lagi pekat kuahnya!

Makan cikgu....! sementara ada selera ni...

"Jangan lupa bersyukur kepada Allah yang mengurniakan rezeki dan nikmat kepada hambaNya", begitulah lebih kurang pesan Cikgu Mie, sebagai peringatan

Sorry Ustaz Omar, kalau ambik gambar muka, sebelah bawah pulak tak nampak!

Tambah, tambah, Eh, eh, tambah lagi!

Isnin, November 02, 2009

Lagi Jamuan Akhir Tahun...

Wah, ramainya tetamu yang datang!

Tak rugi kalau jemput Cikgu Ajis, tak menolak...


Tinggal sikit lagi untuk dihabiskan oleh Anhar!

Tetamu dah beransur pulang, tuan-tuan rumah mulalah mengemas...

Sapu jangan tak sapu, sapu bersih!!!

Iklan lagi....!