Khamis, September 24, 2009

Husna dah pandai apa....?

Husna Comel dah mula pandai meniarap dan dah mula angkat dada. Esok lusa sedar-sedar dah laju je merangkak... Jangan le alpa dan leka. Nanti ke tengah jalan pun sampai!

"Cuba Husna, cuba! Jangan mengalah..."

Itu dia..... boleh pun!

Rabu, September 23, 2009

20 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Peliharalah IMAN!


1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

2. Ingkar nikmat Allah samada dengan terang atau tersembunyi dengan mudah atau yang memerlukan kajian.

3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah.

4. Menggubal undang-undang (hukum-hukum) mengikut kehendak manusia dan bukannya mengikut ketentuan Allah.

5. Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya.

6. Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam semua perkara.

7. Benci atau menentang satu-satu perkara mengenai agama Islam atau membenci agama Islam seluruhnya.

8. Menyintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya yang paling unggul.

9. Menghina sesuatu daripada kitab atau sunnah atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum-hukum Allah.

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

11. Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah.

12. Melantik orang-orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang yang beraqidah dan mukmin.

13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

14. Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dada, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

15. Menyatakan ayat al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu. Isi yang terkandung dalam al-Quran hanya boleh difahami oleh setengah orang melalui ilham.

16. Tidak mengetahui dan mengenai makrifatullah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sifat-sifat ketuhanan atau ingkar nama-namanya.

17. Tidak mengetahui dan mengenal Rasulullah s.a.w. dengan betul atau menafikan sifat-sifat terpuji yang diberikan Allah kepada Baginda.

18. Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

19. Membuat satu-satu perkara atau pekerjaan bukan kerana Allah.

20. Syirik kepada Allah s.w.t.
-Dipetik dari risalah yang disediakan oleh: Unit Aqidah dan Syariah,
Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang.

Sepetang di Teluk Cempedak...

Sepetang di Teluk Cempedak, tanggal 3 Syawal 1430...
Tak lengkap rasanya bila balik Kuantan kalau tak cecah kaki kat pantai TC.
Kalau boleh siap nak berenang sekali... itulah anak-anak saya!
Ombak + laut = Tsunami selalu ku terkenangkan !

1, 2, 3,4.... eh, yang no. 5 tak turun sekali...

Intan Nur Amirah, 8 & Intan Nur 'Aqilah, 11

Muhammad Luqmanul Hakim, 10 & Adam Zainularifin, 5

Nur Zaidatul Husna... tunggu 'dapat kaki' jer ni...


Selasa, September 22, 2009

Krew Che De berangkat pulang...

Keluarga Bahagia Che De, Iman tunjuk baru 4!

Singgit pun duit Iman! simpan elok-elok...

Ain pun nak gak singgit Pak Long..

Iman jaga jangan bagi ayah ngantuk tau!


Ok, selamat jalan, hati-hati di jalan raya!!!

Lebih kurang jam sebelas lebih pagi tadi, Che De sekeluarga berangkat pulang ke rumah mak dan ayah mertua la pulak di Bagan Datoh. 'Tetapi, sebelum itu'... mereka dijangka balik rumah dulu di Kota Damansara untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum meneruskan perjalanan.

Apa pun, semoga selamat sampai ke destinasi dan hati-hati di jalanraya. Ingat Allah selalu, insyaAllah selamat!!!











Beraya di Binjai & Balok

Dah sampai dah, Assalamualaikum...!
Sapa nak duit raya kena beratur, ye ke Ayah De?


Hidangan tak lengkap tanpa air sirap!


Menziarahi Tok Mamat di hari raya

Tok Cik Mek menjemput ke meja hidangan


Bergambar kenangan dengan orang Sabah.

Ada apa ngan Pak Andak tu, bersajak ker...
Kakak dan Che Na untuk pose ari raye!
Aiiik! tinggal lima balang jerr... mana lagi?
Abang Adam masih sempat main buih sabun lagi.
P/s: Hari Raya kedua, kami beraya di rumah Pakcik Man, Tok Mamat dan Pak Ngah di Kg. Binjai, Kemaman dan singgah di rumah Pak Teh kat Balok sebelum balik. Alhamdulillah, sihat sejahtera semuanya. Baik-baik saja!










Isnin, September 21, 2009

Geng Kemamang datang menyerbu...

Selamat Hari Raya.... dari kami oghang Kmamang!

"Rasalah ketupat ini, dengan rendangnya sekali..."


Oman dan Adam sibuk melayan tetamu ker....
atau bikin sibuk jerr....
P/s: Makanya rombongan kami pulak ke Kemaman dilewatkan selepas Zohor, yang kalau ikut rancangan awal pagi tadi. Alhamdulillah selamat dan sejahtera semuanya



UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 1430


Ramadhan terus Mekar di Sanubari.. Di bulan Syawal dan hari mendatang.. Ampun dan Maaf Atas Segala Salah dan Silapku... Ikhlas daripada Shamsul Sekeluarga, Kuantan...
Asalam'kum.. ya Allah berkatilah sahabatku yg baik ini, limpahkanlah rezeki Mu kepadanya, Bahagiakanlahdia & keluarganya, permudahkanlah segala urusannya, terimalah amal ibadahnya serta ampunilah segala dosa & kesalahannya Amin... Selamat menyambut hari raya aidil fitri.. Mohon maaf zahir dan batin.. Dari ZULKEFLI SEKELUARGA. Amin...
Air mata taubat puas dicurah, Keselesaan tidur habis diserah, Kudrat munajat kering diperah, Kepada Allah kita pasrah. Ramadhan berlalu Syawal mengganti, Cabaran baru sedia menanti, Perjuangan kita tidak kan sepi, Sekiranya Allah tetap di sisi. Doa kami tetap diteruskan, Agar kasih sayang akan berkekalan, EID MUBARAK kami lafazkan, Diampunkan dosa menjadi harapan, maaf zahir & batin. Drpd Nasir sekeluarga.
Sebening air wudhuk, sesuci al-Quran, semerdu alunan zikir, seindah solat lima waktu, setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam...jika tanganku tidaksempat berjabat jika muka tidak sempat bertatap, bukalah pintu maaf untukku.... SALAM LEBARAN MAAF ZAHIR & BATIN :-) Kak Yati sekeluarga Prima Beruntung
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Jika ada t'salah bicara t'salah umpat t'salah benci @ apa2 je la ye harap dimaafkan Rosmadi Rosmaizatul & Ridhauddin
SLM. Moga pengisian Ramadhan yg kita lakukan berjaya m'didik diri m'jd insan b'takwa sejurus t'bukanya tirai Syawal. SLMT m'nyambut IdulFITRI. Maaf zahir & batin. Kak As
P/s:Demikianlah antara kiriman sms ucapan Hari Raya yang diterima oleh saya dan isteri. Banyak juga yang dah ter'delete' ... Ini aje la yg mampu diabadikan di mindamuallim. Apa pun, jazakallahu khairan khasira buat semua. Semoga hanya yang baik-baik sahaja menghiasi kemeriahan Syawal kita; budi baik, hati baik, amal baik, sangka baik, buat habis baik, khabar baik, hari baik bulan baik...Ameen, InsyaAllah!!!

Iklan lagi....!