Sabtu, April 11, 2009

Mari kita berdoa anak-anak...



DOA KETIKA HENDAK MEMULAKAN PEMBELAJARAN


"Ya Allah! Keluarkanlah kami dari kegelapan dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman dan bukakanlah ke atas kami dengan ilmu pengetahuan dan permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kelebihanMu dan sempurnakalah bagi kami cahaya kami wahai Tuhan Yang Maha Penyayang dari segala yang penyayang."


DOA PENERANG HATI


"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku."


DOA UNTUK MENDAPAT RAHMAT DAN PETUNJUK


"Wahai Tuhan kami! Berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sediakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami."

Khamis, April 09, 2009

GURU HARI INI

Guru penunjuk jalan ke pintu kejayaan


Guru hari ini perlu bersemangat tinggi dan berani. Penguasaan akademiknya mestilah mantap. Dia perlu sentiasa memperbaiki kebolehan profesionalnya menerusi pembacaan dan pembelajaran. Guru hendaklah bersifat kreatif kerana tanpa kreativiti ia seumpama masakan yang tidak bergaram. Apa yang diajarnya tawar. Lama kelamaan ia membunuh minat anak didiknya dan apabila perkara seperti itu berlaku, maka tidak wujud lagi aktiviti pembelajaran. Guru juga mesti menghayati kehidupan anak buahnya. Dengan ini saya bermaksud, dia perlu mengerti pengalaman mereka, kesedihan, keseronokan dan kegembiraan mereka. Hanya menerusi cara ini seseorang guru itu dihormati oleh pelajarnya; kerana mereka tahu guru mereka mengambil berat tentang diri mereka serta memahami perasaan mereka. Sebagai seorang pemimpin, guru perlu mempamerkan sahsiah yang baik. Dia hanya boleh mengajar menerusi contoh teladan, berdisiplin, ikhlas dan kerja kuat.


(Penulis Tidak Diketahui)

Rabu, April 08, 2009

KESEJADAH 2009

PENDAHULUAN

Program Pertandingan Kegiatan Seni Jauhi Dadah yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya telah berjaya meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar terhadap keburukan dan bahaya penyalahgunaan dadah.

Program ini diteruskan dengan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memberi impak yang lebih ketara dan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh.

RASIONAL

Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan.

Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik.

Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif.

TEMA

"Masyarakat Madani Tanpa Dadah"

KUMPULAN SASARAN

Semua warga sekolah, ibubapa dan ahli masyarakat.

Jumaat, Februari 20, 2009

Anda ada masalah mental?


270,000 rakyat Malaysia sakit jiwa



KUALA LUMPUR - Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya menurut seorang pakar psikiatri, Prof Dr Mohammad Hussain Habil.

Beliau berkata, kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata, kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal..... (bacaan lanjut di Harian Sinar 20.02.2009)



p/s: wowwww! ramainya pengidap sakit jiwa. Dengar ceritanya, kalangan warga guru yang banyak terlibat dalam kes ni. Alahai.... nasib!


Ahad, Februari 08, 2009

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya

Iklan lagi....!