Ahad, Disember 13, 2009

Salam Benua...

Perjuangan Sdr. Yusuf dan sahabat-sahabat dari bumi kanggaru dalam menggerakkan usaha dakwah dan menegakkan syiar agama... dan semoga menjadi contoh teladan buat kita di sini, amin!

Rabu, November 04, 2009

Hari Pemulangan SPBT

P/s: Ajis, gambar ni tak akan dimasukkan ke fb. Cukup le kat blog ni jerrr!

Sibuk sungguh nampaknya Cikgu Ajis melayan anak-anak muridnya untuk urusan pemulangan buku teks (SPBT) yang turut dibantu oleh beberapa orang lagi guru lain yang bagus-bagus semuanya termasuklah Cikgu Mie. Tapi....., mana Cikgu Mie haaaah? Tadi ada, ke surau ke? Atau malu nak ambil gambar? Tak pun ke tandas kot, dah tak tahan....he he he.. pepe je la...

Selasa, November 03, 2009

Lagi Lagi Jamuan Akhir Tahun...

Ceduk sampai ke dasarnya Cikgu, lagi pekat kuahnya!

Makan cikgu....! sementara ada selera ni...

"Jangan lupa bersyukur kepada Allah yang mengurniakan rezeki dan nikmat kepada hambaNya", begitulah lebih kurang pesan Cikgu Mie, sebagai peringatan

Sorry Ustaz Omar, kalau ambik gambar muka, sebelah bawah pulak tak nampak!

Tambah, tambah, Eh, eh, tambah lagi!

Isnin, November 02, 2009

Lagi Jamuan Akhir Tahun...

Wah, ramainya tetamu yang datang!

Tak rugi kalau jemput Cikgu Ajis, tak menolak...


Tinggal sikit lagi untuk dihabiskan oleh Anhar!

Tetamu dah beransur pulang, tuan-tuan rumah mulalah mengemas...

Sapu jangan tak sapu, sapu bersih!!!

Sabtu, Oktober 31, 2009

Bengkel Membina BBM untuk Kelas Pemulihan Khas, KIA 2M dan Protim



Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan sambutan ibubapa/penjaga murid juga menggalakkan bukti komitmen ke arah kecemerlangan pendidikan anak2 bangsa!

Khamis, Oktober 29, 2009

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

Itu dia, Dikir Barat Bulan Bahasa SKTBR1

PENGENALAN:
Bulan Bahasa Kebangsaan telah dilaksanakan sejak tahun enam puluhan lagi. Maka kini kerajaan ingin mewujudkan semula Bulan Bahasa Kebangsaan selaras dengan matlamat untuk memartabatkan Bahasa Melayu di kalangan rakyat termasuk murid-murid yang berada di sekolah rendah, menengah, dan pengajian tinggi....

Dan, SK. Taman Bunga Raya (1) pun tidak terkecuali untuk turut sama menjayakan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 ini. Perasmiannya telah selamat disempurnakan oleh GPK Petang, Pn. Zaleha Ahmad bertempat di Dewan Terbuka SKTBR1 petang tadi.

Isnin, Oktober 26, 2009

Periksa apa hari ni?








Hari ni, hari last PKSR 2. Inilah sebahagian hasil kreativiti seni murid2 Tahun 3 semasa menyiapkan tugasan masing2 untuk Pendidikan Seni Visual.


Khamis, Oktober 22, 2009

LADAP di PD...

Kita sarapan dulu...
Khusyuk dan tawaduk
Nak makan pakai kupon... tak pun!
dari jendela kamar...
Ini le bilik seminarnya, hari ni sudah tukar!

Rabu, Oktober 21, 2009

Kursus LADAP di Port Dickson

...bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson

Cikgu Maarof dari SK. Lembah Beringin

Cikgu Fadzly, dari SJK(T) Sg. Choh


Che gu Zul...



Check-in di Blok D, Tingkat 6, Bilik 7




Jumaat, Oktober 02, 2009

Unsur yang mempengaruhi murid jadi ganas...

Filem, permainan video pengaruhi murid ganas

Oleh Mohd Hamizar Hamid
mizar@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mengenal pasti pengaruh filem menerusi wayang dan permainan video menjadi antara penyumbang kepada peningkatan masalah disiplin murid sekolah rendah sepanjang Januari hingga Jun lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata pelajar seawal usia muda itu semakin terdedah kepada keganasan menerusi kedua-dua media berkenaan yang mendorong mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

"Pelajar terdedah kepada keganasan termasuk aksi pergaduhan menerusi filem yang mereka tonton."Kanak-kanak seawal usia empat tahun sudah didedahkan dengan aksi ganas seperti filem Terminator dan beberapa filem yang mempengaruhi mereka tanpa sedar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di kementerian itu di sini, semalam.


Mesyuarat berkenaan dihadiri pegawai kanan kementerian itu, polis, agensi berkaitan, badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kesatuan guru.

Sementara itu, Wee berkata, statistik menunjukkan kadar salah laku murid peringkat sekolah rendah secara keseluruhan meningkat daripada 0.78 peratus atau 24,960 pelajar tahun lalu kepada 0.79 peratus atau 25,280 murid bagi tempoh Januari hingga Jun daripada keseluruhan kira-kira 3.2 juta pelajar.

"Peningkatan yang berlaku pada peringkat sekolah rendah adalah pada kategori salah laku ponteng sekolah pada kadar 0.04 peratus serta kekemasan diri dan kurang sopan masing-masing mencatat 0.02 peratus," katanya.


Beliau berkata, kadar salah laku disiplin pelajar sekolah menengah secara keseluruhan pula menurun daripada 1.96 peratus atau 43,904 pelajar antara Januari hingga Jun tahun lalu kepada 1.93 (43,232 pelajar) dalam tempoh sama tahun ini daripada 2.24 juta pelajar.

"Isu yang membabitkan disiplin murid secara keseluruhannya terkawal, jumlah pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin secara keseluruhan menurun daripada 2.10 peratus pada 2007 kepada 2.08 tahun lalu,” katanya.

"Kes disiplin yang dimaksudkan termasuk kes berat seperti memukul, bergaduh, ponteng sekolah serta kes disiplin ringan seperti kekemasan diri...ini menunjukkan lebih daripada 97 peratus tidak terbabit dengan masalah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kategori salah laku yang masih konsisten bagi pelajar menengah dan rendah dalam tempoh itu ialah kurang sopan sebanyak 0.24 peratus, berunsur kelucahan (0.03 peratus), kekemasan diri (0.22 peratus) serta ponteng sekolah (0.22 peratus).

Wee berkata, kementerian juga menerima 65 maklum balas awam menerusi Sistem Aduan Disiplin Murid bagi tempoh Januari hingga bulan lalu dan jumlah itu menurun sebanyak 31 aduan berbanding 96 aduan bagi tempoh sama tahun lalu.

"Semua aduan berkenaan sudah disiasat dan diambil tindakan," katanya.

Rabu, September 30, 2009

Bertaubat dan Beristiqhfarlah setiap hari...

(Renungan dan peringatan buat diriku yang selalu lupa!)
Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah "taubatan nasuha".
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

* Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi, Ameen!

Yang perlu anda tahu di sebalik 'Facebook'...

Tuesday, 29 September 2009

Boikot Facebook


Anda kenal dengan Facebook? Sebut saja Facebook,kebanyakan pengguna internet mesti mengenali satu portal yang dibangunkan untuk berhubung dalam dunia maya. Tahukan anda sejarah Facebook? Siapa yang menubuhkan Facebook dan berapa keuntungan yang mereka dapat dari portal ini? Setelah melakukan sedikit kaji selidik dalam internet dan bahan-bahan bacaan lain termasuk info terbaru dalam majalah Al-Islam baru-baru ini, maklumatnya amat memeranjatkan....!


Facebook mula diasaskan oleh : Mark Zuckerberg, seorang graduan Universiti Harvard.: Anak pasangan yahudi,Edward dan Karen Zurkerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. : Seorang yang genius komputer sejak kecil lagi.

*Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yang merupakan pertubuhan persaudaraan yahudi yang kuat di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

* Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel.

*Tujuan utama pembentukan : membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa yahudi sekaligus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang.

*AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

*AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Keuntungan

*Pendapatan FACEBOOK datang dari iklan-iklan yang dipaparkan.

*Terdapat pelbagai sistem pengiklanan yang berbeza-beza di dalamnya. Contohnya, kaedah CPC (cost per click), sekali klik RM 0.50 dalam satu hari. Bagaimana jika 1000 orang klik pada iklan tersebut, jadi total sehari = RM 500. Klu sebulan? RM 500 x 30 = RM 15,000!! Klu Setahun pulak???Sebahagian daripada keuntungan tersebut disalurkan untuk MEMBIAYAI PEPERANGAN DI GAZA!!

Boikot Facebook

Dengan hanya klik pada facebook shj, kita sudah turut sama MEMBUNUH umat Islam Palestin di GAZA. Apalah ertinya kita memboikot barang-barang Israel jika kita tetap melakukan PEMBUNUHAN kpd saudara-saudara kita dengan menggunakan FACEBOOK???

FACEBOOK juga di gunakan dalam MENAIKKAN SEMANGAT TENTERA-TENTERA YAHUDI untuk memerangi UMAT ISLAM DI GAZA!!! JUGA DIGUNAKAN UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN UMAT ISLAM DI GAZA PADA MATA DUNIA LUAR, SEOLAH-OLAH KITALAH PENGGANAS SEBENAR YANG MENYERANG MEREKA!!!


SEDARLAH!! SEDARLAH!! DAN SEDARLAH!! SAUDARA2KU...


Sedarilah saudara2ku sekalian, sesungguhnya kita semua dikurniakan akal fikiran yang sihat oleh Allah s.w.t untuk berfikir mana yang haq dan mana yang batil. Oleh itu, sama2lah kita muhasabah semula apa yang PATUT kita lakukan. DELETE shj akaun FACEBOOK anda atau anda ingin tetap terus menjadi PEMBUNUH UMAT ISLAM di GAZA??


*Sedikit tambahan, mungkin ada diantara kita yang mengatakan, tak perlulah tekan iklan yang ada di facebook, kerana ia yang akan menjana pendapatan tersebut.. Tapi pernahkah kita terfikir, pengasasnya adalah YAHUDI, walaupun kita tidak menekan iklan-iklan yang ada, kita tidak tahu mgkin ada bnde lain yg turut kita sumbangkan untuk membunuh saudara-saudara kita di PALESTIN..Walau apapun Facebook juga adalah 100% produk Yahudi. Sebar-sebarkan segera... Janganlah kita menjadi PEMBUNUH..

-ijoks2009-

-sebenarnya sy pernah publish entry ni dulu ,tapi tadi baca email dari teman bloger yag mengajak join facebook jadi rasa nak publish balik benda ni.Nak bagitahu saya boikot facebook walaupun saya tahu ada dikalangan pemimpin kita yg join facebook ... Itu hak mereka,Tapi saya tetap boikot Facebook.Masaalahnya org yg boikot facebook pun guna google ngan blogspot prodok yahudi jugak,susah jugak tu,hehe he,sng cerita boikot sekadar mampu.-



P/s: Terima kasih kepada:-

http://ijoks2009.blogspot.com/2009/09/boikot-facebook.html

di atas perkongsian maklumat ini. Wassalam

Sabtu, September 26, 2009

Apa ke nama tajuk lagu nasyid ni...

Wahai Tuhanku yang Esa
Bila kenangkan Qahhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan siksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
(Muzik)
Tika mengenang Ghaffar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Menunjuk jalanku di Akhirat...
Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qahhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan siksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Di waktu mengenang Rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku bermohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat Kebesaran-Mu
Ya Allah Ya Tuhanku bantulah hamba-Mu
Di dalam mendidik jiwaku ini...
Ah ah ah................
Oh oh oh.................
Uh uh uh...................

Abang Adam nak balik dah...


Maaf Zahir & Batin

Iklan lagi....!