Khamis, April 13, 2017

Kini Masanya...


Ya Allah,
 bantulah hambaMu dalam memperbaiki diri ini dan mencari nilai tambah dalam hidup agar lebih memberi makna... Aamiin.

Isnin, September 30, 2013

Muhasabah kerja buat hari ini...
  1. Hubungi guru-guru SMK yang diundang untuk sesi ceramah minggu hadapan. Perlu dibuat sedikit pengubahsuaian jadual nampaknya.
  2. Pembetulan surat jemputan ceramah pihak PDRM sudah dibuat, dan juga surat jemputan ustaz untuk ceramah awal remaja. 
  3. Pemurnian kertas kerja Gotong Royong Perdana PIBG... Kemungkinan tarikh berubah lagi kerana mengikut perubahan tarikh perkhemahan perdana. Tarikh muktamad dari GB esok.
  4. Kumpulan murid yang akan menyertai Kem Jati Diri di Puchong telah dimaklumkan masa untuk bertolak selepas Zohor esok.
  5. Hari ini cukup 40 orang murid membuat bayaran untuk lawatan ke Shah Alam. Tiada lagi tempat kosong!

Isnin, September 09, 2013

KENALI SYAITAN DAN PERLAKUANNYA



     Cara mudah mengesan SYAITAN (gred tinggi atau gred rendah) yang menyorok dalam jasad manusia yang selama ini hamba telitikan sendiri tanpa berpandukan mana-mana kitab adalah seperti berikut:
     - lebam di betis & peha
     - rasa lenguh dekat bahu
     - rasa ngantuk semacam selepas Asar
     - urat bergetar, kita toleh aje, dia berhenti
     - menguap masa tunaikan solat (ketika Al-Fatihah)
     - ekor mata selalu ada kelibat walaupun siang2 hari
    - susah tidur malam, terus lena bila dah dekat2 subuh
      (senarai kat atas ialah jenis syaitan gred rendah yang tak menampakkan diri)


    syaitan gred tinggi akan hamba berikan komen di bawah, anyway... syaitan jenis gred rendah ini lah yang lagi lama dia dalam badan kita, akan mendatangkan kanser, tak kisah lah kanser apa pun, jenis kanser pula bergantung kepada jenis syaitan apa dan di mana lokasi badan yang syaitan tu duk dalam badan kita, kanser stage 1 dan stage 2 MUSTAHIL dikesan oleh mana-mana tekonologi perubatan sebab itulah Rasululullah mengisyaratkan kita agar selalu bangkit malam agar segala penyakit zahir dan batin boleh dibuang. Masih ingat dengan kuliah matriks kita yang lepas mengenai 1 Hadis Rasulullah mengenai matriks di dalam matriks? Ya, nabi pesan pada kita syaitan boleh travel dalam jasad manusia dengan cara berenang2 dalam pembuluh urat darah kita (rujuk urat getar), maka nabi pesan pada kita, 

     MAKA SEMPITKANLAH JALANNYA DENGAN CARA PUASA. Sila semak kuliah matriks kita yang lepas. Ingat... kanser adalah berpunca dari pemeraman syaitan (gred rendah) dalam jangkamasa lama dalam jasad manusia, celaka datang dalam jangka masa lama, sebab tu kanser tak mungkin dikesan di peringkat awal. Berbeza dengan syaitan (gred tinggi), kesan kesakitan yang jasad manusia alami adalah INSTANT & SERTA MERTA. Contohnya "sihir". Syaitan yang dimaksudkan adalah dari alam 2D. Sedangkan manusia berada di alam 3D. Sedangkan malaikat berada di alam 4D. Sebab itu mana-mana syaitan yang berusaha untuk menampakkan wajah mereka, tak pernah walau sekali pun kelihatan cantik, sebab frekuensi mereka dari alam 2D tak boleh matching dengan alam manusia yang bersifat 3D, kalau pun ia berupaya untuk menjadi wanita cantik atau lelaki hensem, ia hanya boleh bertahan beberapa jam sahaja, itu pun di waktu tanpa cahaya, sila ulangkaji kuliah matriks kita berkenaan Perang Badar bagaimana raja syaitan bernama IBLIS mampu menunjukkan diri di khalayak ramai DI WAKTU TENGAHARI di dalam perang siap menunggang kuda lagi... ini merupakan salah satu kategori GRED TINGGI, sedangkan Iblis sememangnya seorang yang berilmu. Sebab itulah malaikat dari alam 4D yang menjelmakan diri di alam manusia yang bersifat 3D sentiasa berseri2 kerana frekuensi & tenaga mereka mencukupi untuk synchronize dengan alam manusia, bahkan jasad mereka cantik2 dan segak lagi hensem.

   Sila rujuk peristiwa 2 malaikat yang bertemu Nabi Ibrahim dan isterinya untuk mngkhabarkan berita kelahiran baby Ishak sebelum 2 malaikat ini terbang ke Nabi Luth untuk membawa bala, perhatikan bagaimana respon jiran2 Nabi Luth terhadap 2 malaikat ni, mereka sendiri bilang 2 malaikat ni adalah tetamu yang luar biasa, dan hensem lagi segak. Kalau orang2 GAY pun boleh mendakwa malaikat yang menjelma jadi manusia itu pun sudah sesempurna ini, maka terbukti sudahlah ilmu ini. Untuk memahami ilmu ini, sila selak perlahan2 dalam kuliah matriks kita mengenai matriks di dalam darah, dan perihal lebuhraya maklumat yang boleh dicuri syaitan ketika mereka di dalam badan kita. Untuk makluman kamu semua, beza syaitan (jin kafir) dan jin islam ialah SYAITAN hanya memakai selipar di sebelah kiri sahaja, diorang ni tak pakai selipar serentak.

Photo: <3  WAJIB BACA TAU <3

Cara mudah mengesan SYAITAN (gred tinggi atau gred rendah) yang menyorok dalam jasad manusia yang selama ini hamba telitikan sendiri tanpa berpandukan mana-mana kitab adalah seperti berikut:
- lebam di betis & peha
- rasa lenguh dekat bahu
- rasa ngantuk semacam selepas Asar
- urat bergetar, kita toleh aje, dia berhenti
- menguap masa tunaikan solat (ketika Al-Fatihah)
- ekor mata selalu ada kelibat walaupun siang2 hari
- susah tidur malam, terus lena bila dah dekat2 subuh
(senarai kat atas ialah jenis syaitan gred rendah yang tak menampakkan diri)

NOTA:
syaitan gred tinggi akan hamba berikan komen di bawah, anyway... syaitan jenis gred rendah ini lah yang lagi lama dia dalam badan kita, akan mendatangkan kanser, tak kisah lah kanser apa pun, jenis kanser pula bergantung kepada jenis syaitan apa dan di mana lokasi badan yang syaitan tu duk dalam badan kita, kanser stage 1 dan stage 2 MUSTAHIL dikesan oleh mana-mana tekonologi perubatan sebab itulah Rasululullah mengisyaratkan kita agar selalu bangkit malam agar segala penyakit zahir dan batin boleh dibuang. Masih ingat dengan kuliah matriks kita yang lepas mengenai 1 Hadis Rasulullah mengenai matriks di dalam matriks? Ya, nabi pesan pada kita syaitan boleh travel dalam jasad manusia dengan cara berenang2 dalam pembuluh urat darah kita (rujuk urat getar), maka nabi pesan pada kita, MAKA SEMPITKANLAH JALANNYA DENGAN CARA PUASA. Sila semak kuliah matriks kita yang lepas. Ingat... kanser adalah berpunca dari pemeraman syaitan (gred rendah) dalam jangkamasa lama dalam jasad manusia, celaka datang dalam jangka masa lama, sebab tu kanser tak mungkin dikesan di peringkat awal. Berbeza dengan syaitan (gred tinggi), kesan kesakitan yang jasad manusia alami adalah INSTANT & SERTA MERTA. Contohnya "sihir". Syaitan yang dimaksudkan adalah dari alam 2D. Sedangkan manusia berada di alam 3D. Sedangkan malaikat berada di alam 4D. Sebab itu mana-mana syaitan yang berusaha untuk menampakkan wajah mereka, tak pernah walau sekali pun kelihatan cantik, sebab frekuensi mereka dari alam 2D tak boleh matching dengan alam manusia yang bersifat 3D, kalau pun ia berupaya untuk menjadi wanita cantik atau lelaki hensem, ia hanya boleh bertahan beberapa jam sahaja, itu pun di waktu tanpa cahaya, sila ulangkaji kuliah matriks kita berkenaan Perang Badar bagaimana raja syaitan bernama IBLIS mampu menunjukkan diri di khalayak ramai DI WAKTU TENGAHARI di dalam perang siap menunggang kuda lagi... ini merupakan salah satu kategori GRED TINGGI, sedangkan Iblis sememangnya seorang yang berilmu. Sebab itulah malaikat dari alam 4D yang menjelmakan diri di alam manusia yang bersifat 3D sentiasa berseri2 kerana frekuensi & tenaga mereka mencukupi untuk synchronize dengan alam manusia, bahkan jasad mereka cantik2 dan segak lagi hensem. Sila rujuk peristiwa 2 malaikat yang bertemu Nabi Ibrahim dan isterinya untuk mngkhabarkan berita kelahiran baby Ishak sebelum 2 malaikat ini terbang ke Nabi Luth untuk membawa bala, perhatikan bagaimana respon jiran2 Nabi Luth terhadap 2 malaikat ni, mereka sendiri bilang 2 malaikat ni adalah tetamu yang luar biasa, dan hensem lagi segak. Kalau orang2 GAY pun boleh mendakwa malaikat yang menjelma jadi manusia itu pun sudah sesempurna ini, maka terbukti sudahlah ilmu ini. Untuk memahami ilmu ini, sila selak perlahan2 dalam kuliah matriks kita mengenai matriks di dalam darah, dan perihal lebuhraya maklumat yang boleh dicuri syaitan ketika mereka di dalam badan kita. Untuk makluman kamu semua, beza syaitan (jin kafir) dan jin islam ialah SYAITAN hanya memakai selipar di sebelah kiri sahaja, diorang ni tak pakai selipar serentak.


♥♥ APA KATA ANDA...??? ♥♥
# Jom Share,Likes [✔] Agen Miracle (◕‿◕)

Isnin, Julai 22, 2013

10 tips untuk diamalkan...

Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

SUNDAY, JULY 21, 2013

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.




Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.



1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.



2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.



3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.



4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.



5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.



6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.



7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .



8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]



9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.



10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.



RENUNG_renungkan

Selasa, Julai 09, 2013

Jadual Waktu Ramadhan...

Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan

4.00 pagi Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
 
5.00 pagi Makan Sahur - Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
 
5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tghr Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhanyg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Iklan lagi....!